Followers

Sponsored Advertisement

.

SOTONG MASAK KICAP

Assalamualaikum.. sotong memang makanan laut kegemaran anak-anak Norzi. Kalau ulang masak sotong , tidak ada masalah pada mereka , tapi masalah dekat Norzi dan hubby sebab kitorang biasa-biasa aje dengan sotong kecuali sotong bakar.

Sekali lagi Norzi masak sotong. Sebelum ni dah masuk juga Sotong masak halia , sotong masak daun kari, kini entry sotong masak kicap yang mudah dan sedap..  Selain masak kicap, banyak menu lain yang boleh dimasak dengan menggunakan sotong..sotong boleh juga di goreng, masak sambal pedas, masak hitam, sotong bakar..  Entri kali ini sotong masak kicap, mudah untuk di masak dan masa penyediaan yang singkat. 






Sotong masak kicap


Resepi : Norzi

Bahan-bahannya :

6 ekor sotong saiz sederhana 
*3 ulas bawang merah-hiris
*2 ulas bawang putih-hiris
*1/2 inch halia di ketuk
sebiji bawang besar di hiris kasar
1 keping asam keping
*4 biji cili 
1/2 cawan kicap manis
sedikit daun kuchai
garam secukup rasa


Cara-cara :
1) Siang sotong -bersihkan dan potong mengikut citarasa - toskan
2) Rebus sotong seketika dan toskan
3) Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau dan masukkan bawang besar
4) Masukkan kicap gaul rata
5) Masukkan sotong , gaul rata
6) Masukkan daun kuchai dan perasakan 


Siap sedia untuk dimakan dengan nasi panas. 


Selamat memasak.
Norzi~








No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...