Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : MASAK SOTONG DAUN KARI

Assalamualaikum.. salam sejahtera.,, lama tak update..sibuk nye rasa... minggu lepas merupakan minggu peperiksaan untuk anak Norzi yang sulung. Jadi sibuk la sikit..sebab nak temankan dia dan tengok la sikit-sikit mana yang patut.. Alhamdulillah periksa dah lepas, lega rasanya , jadi ada la masa sedikit untuk upload entri sepanjang masa bz hari tu. Masak pun ala kadar aje..very ordinary and fast one. Asalkan budak2 dan bapa budak suka kira okla tu :)  hehe. Nak ulang lagi sekali... Norzi masak simple, ringkas dan sangat cepat. Tak abis - abis la kan dengan tema dan konsep ' simple , ringkas dan cepat'.. 


Sotong ni kegemaran anak sulung , dan sekarang anak no 2 , Razin pun suka juga. Kali ini Norzi masak sotong dan kari. Ada lebihan daun kari masa masak ayam goreng beberapa hari sebelum masak sotong ni. Jadi Norzi ambil daun kari untuk dimasukkan sekali dalam masakan sotong, kuat aroma dan rasa bila menggunakan daun kari.

Bercakap tentang daun kari ini, Norzi dapatkan sikit tentang sejarah, khasiat dan kebaikan daun kari. Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia" (source)




Daun kari mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Khasiat daun kari untuk kecantikan dan kesihatan diri adalah seperti berikut:
-Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah & lebih selamat.
-Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.
-Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.
-Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.
-Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.
-Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
-Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
-Untuk menghilangkan sembelit, rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum. source 

Tengok khasiat dan kebaikan daun kari ni, rasa nak makan ulam daun kari selalu.. tapi daun kari sekarang tak la senang sangat nak dapat.. kena pergi market baru boleh jumpa..masa Norzi kecil-kecil dulu mak Norzi tanam pokok kari di tepi rumah aje. bila nak masak terus petik.. segar dan bersih..dan bebas racun serangga ...




Ok, jom tengok masakan sotong daun kari ni, Norzi masak dalam  Lebih kurang 15 -20 minit termasuk penyediaan dan memasak menu ini. tapi dengan syarat sotong dan defrost terlebih dahulu la ye ... 







Selalunya Norzi akan bersihkan permukaan sotong dengan lapisan kulit warna purple tu kan, bila dah buang , sotong pun jadi putih  bersih :) lepas tu Norzi belah dua , basuh bersih dan toskan ais supaya kering. Darah sotong yang hitam tu Norzi tak ambil sebab bukan nak masak hitam..  Sambil2 panaskan kuali tu tabur garam, serbuk kunyi dan serbuk kari... gaul2 sebati, biarkan kejap. Bila minyak dah panas, boleh masukkan sotong. Masak macam ni sesuai juga buat sotong goreng kalau goreng kering. Tapi sebab norzi nak berkuah sikit, jadi Norzi tambahkan la air sedikit ...sebelum tu Norzi dah masukkan bawang kecik, bawang besar terlebih dahulu.. Tambah sikit sos tiram... dan last sekali masukkan daun kari. baunya walla... harum kari. Itu kalau suka baru daun kari la. Tak semua orang suka bau tu.. kakak Norzi sanggup lapar dari makan kari .. hei pelik ada juga orang macam ni kan,..ada juga species tak gemar kari ni hihi...

So sangat senang kan. sorry tak letak ukuran yang tepat.. ini namanya main campak aje.... sebab Norzi ni masak ikut perasaan hahahah boleh ke macam tu.. tak properly measure pun 


Salam Ukhwah :)

1 comment:

  1. Terima kasih atas recipenya
    artikel ini sangat bermanfaat

    ReplyDelete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...