Followers

Sponsored Advertisement

.

Resepi Kuih Lapis Seri Wangi




resepi kuih talam lapis



Resepi Kuih Lapis Seri Wangi @KoleksiMyResepi

PANASKAN PERIUK KUKUSAN HINGGA AIR MENDIDIH.. SEDIAKAN LOYANG 8" PERSEGI ATAU LOYANG BULAT 9"... SAPUKAN DASAR DAN SISI LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK MASAK..  ALASKAN DASAR LOYANG DENGAN PLASTIK SUPAYA DASAR TIDAK MELEKAT.

 🍎 Bahan-bahan

BAHAN A
✔️2 cawan tepung beras
✔️1 cawan tepung gandum
✔️2 sudu besar tepung jagung
✔️1 sudu kecil garam
✔️2 cawan santan pekat

Bahan B
✔️1 1/4 cawan gula pasir ~saya guna gula halus
✔️1 cawan santan pekat
✔️2 cawan santan cair
✔️2 helai daun pandan-di simpul

 🍏 Cara-cara
1 • Campurkan kesemua BAHAN B ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut,angkat dan biarkan adunan suam sedikit.

2 • Sementara itu satukan kesemua BAHAN A ke dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan dahulu.

3 • Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A dan gaul rata, kemudian tapiskan.

3 • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian... Satu bahagian letak pewarna hijau apple dan perisa pandan dan satu adunan lagi saya biarkan plain ( putih)...  Untuk lapisan atas sekali saya letak pewarna merah jambu ( pink )

4 •  Apabila air kukusan dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

5 • Masukkan adunan plain ( putih ) 1 cawan dan kukus selama 5 minit.

6 • Setelah itu lapis pula adunan hijau apple selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.

7 • Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.

8 • Biarkan kuih benar-benar sejuk baru cantik di potong... Gunakan pisau plastik supaya licin potongannya..

NOTA
✔️ Untuk setiap resepi saya gunakan cawan dan sudu sukatan metrik

✔️ Untuk memastikan permukaan kuih lapis cantik dan licin buka penutup pengukus setiap 5 atau 10 minit dan sentiasa di lap penutupnya dan sambung lagi mengukus.

 ✔️ Apabila kuih lapis sudah masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih lapis cepat basi.



No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...