Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI PISANG GORENG (PISANG NANGKA)

Assalamualaikum,
Pisang goreng dan goreng pisang membawa maksud yang berlainan walaupun nampak macam sama. Dua perkataan yang jika diterbalikkan , membawa maksud sebenar yang sangat besar kesannya. Bila sebut je pisang goreng, rata-rata ramai yang suka makan pisang kan.. dari anak,mak, bapa sampaila datuk nenek semua boleh terima makanan ini. Atas faktor penerimaan itu, pisang goreng sangat popular sehinggakan kalau petang-petang makanan ini senang di perolehi di stall atau di warung-warung mahupun di cafe pejabat.. 

Norzi pun selalu menggoreng pisang. Lagi-lagi kalau hujung minggu.. waktu petang... memang sesuai waktunya dan kegemaran kami sekeluarga lagi pula kalau dapat di makan masa masih panas. Sebelum ni Norzi dah pernah tulis di SINI. Resepi yang Norzi buat untuk tepung adunan yang sangat simple, senang, mudah , cepat, praktikal, ringkas dan menjimatkan. Tapi sebelum kita tengok resepi mudah lagi ringkas, sedap dan menjimatkan ini, jom kita belajar dulu bagaimana nak membezakann antara pisang goreng dan goreng pisang. Norzi sendiri pun pernah terkeliru semasa semasa zaman persekolahan, bila cikgu tanya cepat-cepat kita buat ayat agar tak tersasar atau tersilap dalam penggunaannya.

Goreng pisang ke pisang goreng? Ahhaa jom kita belajar buat ayat .
'Ibu sedang menggoreng pisang' kata kerja untuk ayat ini adalah 'goreng'.

tengok ayat di bawah ni pula..

'Ibu memakan pisang goreng' kata kerjanya 'makan', 


Macam ni lebih jelaskan. Jadi , diharap kita tidak keliru lagi dalam penggunaan pisang goreng dan goreng pisang. Sebut pasal pisang ni, pisang yang paling Norzi sukakan adalah pisang nangka dan pisang tanduk. Memang sangat-sangat suka. Kalau nak goreng di rumah, Norzi hanya akan beli kedua-dua jenis pisang jenis ini. Kalau dah beli, belum sampai petang dah terbayang pisang goreng. 



Boleh dikatakan jika ada kelapangan pergi pasar Borong Selangor , Norzi pasti dapatkan pisang ni. Kali ni Norzi share aktiviti menggoreng pisang nangka. Aktiviti  ni dah selalu dilakukan, cuma tak di upload... tapi sebab dah ada gambar ni, kita letak je la di blog ni,mana tahu ada yang nak cuci mata, tengok-tengok , baca-baca.. boleh beri idea kepada pembaca, itu pun sudah memadai.

Oh ya, bercerita tentang pisang ni, masa zaman Norzi kecil-kecil dulu abah Norzi selalu masak masakan berasaskan pisang. Sebabnya dulu abah ada tanam pokok pisang dekat rumah. Jadi kalau sekali ada pisang bukan sikit.. tapi setandan ..jadi lepas sedekah jiran-jiran, masih ada banyak lagi bekalan pisang.. abah rajin buat lepat pisang, lempeng pisang, cekodok pisang, semuanya pisang.. bertukar - tukar resepi pisang. Mak pun masak juga, tapi abah lagi suka masak seperti lepat pisang sebab menurut abah, zaman kecil-kecilnya dulu , abah selalu buat lepat pisang, bantu embah Norzi masak (embah adalah gelaran datuk  atau nenek untuk orang keturunan Jawa) . Seronoknya teringat zaman kanak-kanak... dan seronok teringat menyaksikan abah masak kat dapur. 




Ok, kita lupakan sekejap pasal zaman kecil-kecil dan sejarah masakan pisang tadi ... Norzi masak pisang goreng gunakan resepi paling simple. Tak pernah pun cari resepi adunan tepung. Ianya datang secara sendiri dan ikut bahan yang ada aje, dan kebetulan memenuhi citarasa kami. Cara-cara Norzi buat macam di bawah :

Bahan-bahan

1. Tepung ikut keperluan  (bergantung kuantiti pisang yang ingin di goreng)
2. Air masak 
3. Sedikit garam
4. Sedikit kunyit serbuk
5. Sedikit baking powder

Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam mangkuk, dan kacau rata. Pastikan adunan tepung tidak cair. Adunan yang sedikit pekat adalah tebaik dan bila di goreng di dalam minyak yang betul-betul panas, hasilnya lebih rangup. (pastikan minyak cukup panas ya)


Semoga membantu :)
Norzi~









No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...