Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI BISKUT MAMA CAREY

Assalamualaikum... semangat sangat nak makan kuih raya kan. Zaman sekarang ni tak order time raya , tapi sebelum puasa la ramai yang order kuih raya untuk makan makan. kalau order bulan puasa kena bertahan je.. bila siang puasa, bila time buka dah banyak makanan jadi tak termakan la /sampai hari raya makanan dah banyak sangat sampai biskut tak termakan..  

Biskut mama carey ni satu ketika dulu sangat popular. Sapa nak mencuba , meh Norzi share kan resepi. Selamat mencuba.

Biskut Mama Carey


Resepi Biskut Mama Carey @KoleksiMyResepi
200 gm mentega
100 gm gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla


Bahan Di ayak
260 gm tepung red rose atau tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm susu tepung


✔️Pukul mentega dan gula hingga sebati.
✔️Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
✔️Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
✔️Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit
✔️Panaskan oven pada suhu 150 C
✔️Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan -
✔️Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
✔️Terap dengan acuan pilihan


Susun di atas dulang pembakar
✔️Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
✔️Kemudian biarkan ia sejuk.


Sekarang kita sediakan icing


Icing
1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90 gm gula icing

✔️Pukul putih telur hingga kembang
✔️Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
✔️Masukkan adunan dalam piping bag.

✔️Paipkan icing atas biskut tadi
✔️Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
✔️Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan
✔️Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
✔️Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

* untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak

Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
lagi satu pastikan suhu oven bertepatan

Selamat mencuba..


P/s : Kalau nak tgk jubah / nursing wear / maternity wear terkini, boleh terus sahaja ke website Norzi di http://norzibeautilicioushouse.com.my/

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...