Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : MASAK LALA GORENG

Assalamualaikum, salam hari ahad. Minggu ni rasanya minggu yang paling buat norzi exhausted, hukhukhuk. Banyak sangat kerja yang perlu dibuat dan beberapa perkara family, ulang alik dan bla,bla,bla tak yah la norzi membebel lagi kan..sekadar tulis untuk kenangan lain hari. norzi je dapat bayangkan kepenatan dan kebizian nya.. alhamdulillah syukur masih boleh menghadapinya.. ok jom tengok apa yang norzi masak ari ahad nih hehehe. sempat snap ini aje lagi 2 masakan dah selesai ngap ngap . hehehari ni norzi masak lala goreng. Sedap sangat makan dan meratah. jom tengok resepi.









Lala goreng
1. 2 bungkus lala
2. sebiji bawang besar (dihiris kasar)
3. 4 biji bawang putih (ditumbuk)
4. 4 biji bawang merah (di tumbuk)
5. 2 batang serai (sebatang di hiris, sebatangdi titik)
6. Sebiji cili merah di potong besar
7.2 inchi halia (dihiris)
8.2 sudu besar sos tiram
9. setengah sudu kecil garam
10. 3/4 cawan air

cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang kecil dan putih yang telah ditumbuk.
2. Setelah naik bau,masukkan halia, bawang besar, serai, kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sedikit garam , kacau rata.
4. Kemudian masukkan lala yang telah dibasuh bersih dan kacau rata.
5. Masukkan air  dan cili merah,dan tutup seketika  ,kemudian kacau rata dan setelah benar2 masak angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba.salam sayang,
~norzi~

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...