Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : SIMPLE CHEEZY MACARONI @ MAKARONI BERCHEESE

Simple Cheezy Macaroni / Makaroni bercheese simple

Salam all, terasa lama sangat tak masuk n upload resepi terbaru di Norzi Foodilicious House ni. Ok tak pe, hari ni Norzi nak upload masakan yang Norzi buat, simple, mudah, ringkas je. Western sikit hari ini :). Masak makaroni kegemaran anak2 Norzi dan of course my fav too ..:). walaupun nak membuatnya agak simple tetapi preparing process tu ada dua , satu merebus makaroni dan satu lagi menggoreng. Takpa, kalau dah nak makan tu, mesti boleh la kan.tak kira proses dah :). Rasanya memang yummy , kami sekeluarga sukakannya :).. owh ye, resepi ni Norzi reka2 saja sebab mmg selalu ada stok  untuk spaghetti bolognese.


 Simple Cheezy Macaroni

Jom tengok resepi.

Bahan2


Bahan A

Sebungkus Makaroni-rebuskan sehingga kebang, kemudia tos-ketepikan

Bahan B

1. ~5 ulas bawang merah*
2. ~7 ulas bawang putih*
3. ~3 batang cili merah*
4. sebiji bawang besar dipotong dadu kecil2
5. Sebatang carrot (saiz besar)-dipotong dadu halus
6.setin tomato puree (saiz sederhana) dan 5 sudu besar sos tomato dalam botol
7. kalau ada cendawan, celeri boleh potong dadu halus dan masukkan , Norzi takda stok masa tu :)
8. sebungkus minced meat-Norzi guna brand Ramly 500g (basuh bersih hingga takda darah n toskan)
9. Sedikit cheese -Norzi guna kraft 4 keping
10.Sebatang carrot (saiz besar)-dipotong dadu halus
garam

cara2


1.Kisarkan bahan2 bertanda *

2. Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak,setelah naik bau, masukkan daging. -keringkan sampai takda air
3. bila dah kering, masukkan carrot, bawang besar dan semua sayur.
4. kacau rata hingga masak dan kering
5. masukkan sos tomato puree dan  sos tomato-kalau tak suka masam, masukkan sedikit gula ye
6. masukkan perasa gaul ,kacau hingga sebati
7. masukkan cheese kacau sebati hingga cheese larut, masukkan sedikit garam (jangan banyk ya, cheese dan masin )
8. masukkan makaroni yang telah di tos/keringkan tadi .
gaul rata dan siap untuk dimakan.

selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...